Selasa, 17 November 2015


SEJARAH KAMPUNG

 

Asalnya kampung ini adalah sebuah kawasan hutan belukar.Terdapat beberapa jenis haiwan seperti kancil, rusa, babi hutan, monyet, beruk dan juga bermacam-macam ungas yang hidup di awal sejarah penemuan kampung ini. Diawal penemuan kampung ini adalah dalam keadaan hutan tebal yang berdekatan dengan sebatang sungai. Keadan muka bumi yang strategik ini menarik hati seorang peneroka terawal untuk mendiami kawasan tersebut dan mewujudkan sebuah penempatan baru.

 

            Penerokaannya bermula pada awal pertengahan tahun 50an. Pada masa itu hanya sekitar seorang yang berani menerokainya dengan diikuti sanak saudara serta beberapa orang peneroka lain dengan memberi nama Kampung Kuala Mandahan. Nama kampung ini bermula apabila peneroka-peneroka lelaki terpaksa menebas hutan-hutan dengan menebang dahan-dahan pokok dan permulaan kawasan hutan yang ditebang berdekatan dengan kuala sungai. Maka tercetuslah sejarah susun jalur nama kampung ini dengan gabungan Man (peneroka-peneroka lelaki) dan Dahan (hasil menebang dahan-dahan pokok) yang ketika itu berlaku di kuala sungai sehingga wujudnya Kampung Kuala Mandahan.

 

Penempatan awal para peneroka adalah secara berselerak kedudukannya dan tidak tersusun. Penduduk yang menduduki kawasan tersebut terdiri diantara dua atau 3 buah rumah sahaja yang terdiri daripada Allahyahram Ayup Khan sendiri dan sanak saudara keluarga beliau. Kawasan yang paling awal didiami dan kedudukannya yang berhampiran dengan sebatang sungai telah mengesahkan ianya adalah kawasan awal diterokai. Kini penempatan di Kampung Kuala Mandahan semakin berkembang dan meningkat.

 

Untuk makluman pada ketika ini, tanah penempatan penduduk ini terbahagi kepada dua iaitu tanah rizab milik kerajaan yang diduduki penduduk berdasarkan lot-lot melalui pemberian kerajaan dan tanah persendirian yang dimiliki oleh individu sendiri dengan memiliki geran tanah sendiri.

 

(Sumber maklumat / kisah diperolehi daripada;

Allahyarham Hj. Ayup Khan Bin Balan Khan)

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan