SEJARAH KAMPUNG
Asalnya kampung ini adalah sebuah kawasan hutan
belukar.Terdapat beberapa jenis haiwan seperti kancil, rusa, babi hutan,
monyet, beruk dan juga bermacam-macam ungas yang hidup di awal sejarah penemuan
kampung ini. Diawal penemuan kampung ini adalah dalam keadaan hutan tebal yang
berdekatan dengan sebatang sungai. Keadan muka bumi yang strategik ini menarik
hati seorang peneroka terawal untuk mendiami kawasan tersebut dan mewujudkan
sebuah penempatan baru.
Penerokaannya bermula pada awal
pertengahan tahun 50an. Pada masa itu hanya sekitar seorang yang berani
menerokainya dengan diikuti sanak saudara serta beberapa orang peneroka lain
dengan memberi nama Kampung Kuala Mandahan. Nama kampung ini bermula apabila
peneroka-peneroka lelaki terpaksa menebas hutan-hutan dengan menebang
dahan-dahan pokok dan permulaan kawasan hutan yang ditebang berdekatan dengan
kuala sungai. Maka tercetuslah sejarah susun jalur nama kampung ini dengan
gabungan Man (peneroka-peneroka
lelaki) dan Dahan (hasil menebang
dahan-dahan pokok) yang ketika itu berlaku di kuala sungai sehingga wujudnya
Kampung Kuala Mandahan.
Penempatan awal para peneroka
adalah secara berselerak kedudukannya dan tidak tersusun. Penduduk yang
menduduki kawasan tersebut terdiri diantara dua atau 3 buah rumah sahaja yang
terdiri daripada Allahyahram Ayup Khan sendiri dan sanak saudara keluarga
beliau. Kawasan yang paling awal didiami dan kedudukannya yang berhampiran
dengan sebatang sungai telah mengesahkan ianya adalah kawasan awal diterokai.
Kini penempatan di Kampung Kuala Mandahan semakin berkembang dan meningkat.
Untuk makluman pada ketika ini,
tanah penempatan penduduk ini terbahagi kepada dua iaitu tanah rizab milik
kerajaan yang diduduki penduduk berdasarkan lot-lot melalui pemberian kerajaan
dan tanah persendirian yang dimiliki oleh individu sendiri dengan memiliki
geran tanah sendiri.
(Sumber
maklumat / kisah diperolehi daripada;
Allahyarham
Hj. Ayup Khan Bin Balan Khan)